rose roses

Selasa, 23 Februari 2010

PELITAKU DAH SAMPAI

Balik dari bercuti Hari Rabu masuk bekerja balik,tengaharinya dapat bungkusan pos laju,tengok2 dari Kak Sali (Salicottage) apa lagi terus buka, Tak sabar-sabar.......
Wah cantiknya Kak Sali, ni yang menaikkan lagi semangat Rose Roses nak belajar decoupage ni.
 Malam tu tak kira juga terus keluarkan peralatan decoupage buat percubaan pertama.

Tin biskut ni backgroundnya dah cantik, so Rose Roses tambahkan dengan tisu decoupage saja.
Inipun tengok cara dari buku En. Zahir.


Inilah hasilnya, lepas ni kalau ada masa yang terluang, Rose Roses akan cuba buat yang lain pula.

JALAN-JALAN TERSANGKUT

Salam semua kengkawan, ni Rose Roses nak sambung cerita CNY Holiday maklumlah balik dari bercuti kena sakit mata termasuk anak2 lepas sorang-sorang, itulah berjalan seronok sangat lepas tu semua tak sihat.

Selepas bermalam di rumah adik, esok paginya Rose Roses dan keluarga terus pergi ke Shah Alam, ingat tu nak pergi Romantika, malangnya Romantika tutup, kebetulan pula janji dengan Kak Aida (Aidazshoppe) nak ambil telekung sembahyang untuk dijual.(Kalau ada yang berkenan dengan telekung Aidazshoppe di area Kuantan ni bolehlah beli dengan Rose Roses). Lepas jumpa Kak Aida terus ke SACC Mall, kebetulan KK Home Deco buka, ingat tu saja nak cuci2 mata, akhirnya tersangkut juga dgn beberapa koleksi.
Pinggan anggur ni Rose Roses beli sebab dah ada mangkuk setnya.

Sudu apple ni pula  hanya tinggal 4 dan dijual dgn harga yang murah, so beli jelah.

Ni pula set anggur, berkenan terus beli sekali-sekali shopping.

Suka tengok bentuknya beli juga sbb murah.

Berkenan dengan bunga ni, tak sempat nak gubah lagi.

Itu saja yg Rose Roses dpt beli rasa2nya dah cukup, banyak2kan nanti jadi macam kedai pula rumah Rose Roses. Esoknya terus balik ke Kuantan. 

Khamis, 18 Februari 2010

CNY HOLIDAY

Cuti CNY baru-baru ini Rose Roses menerima jemputan perkahwinan dari sepupu di Saujana Utama Sg. Buluh, disebabkan suami Rose Roses yg susah nak bercuti terpaksalah kami sekeluarga bertolak dari Kuantan pada pagi Sabtu (Hari kenduri), letih juga kerana rushing pagi2 dgn nak menguruskan anak kecil.Tapi tak apalah asal dpt pergi sbb. masa ini saja peluang nak jumpa saudara-mara.
 Inilah pengantinnya, rugi gambar ramai2 tu Rose Roses tak sempat sampai sbb on the way. Sepupu R.R pengantin perempuan (Farah Raihan) adik kepada Ally Iskandar.
Yang duduk di tengah tu nenek Rose Roses, berdiri dr kiri ibu R.R, tgh sepupu R.R (Ally Iskandar) dan adik bongsu R.R. 
Malam tu Rose Roses bermalam di rumah adik lelaki R.R di Punca Alam, yang kiri tu adik ipar R.R (Zeti Akma). Adik Ipar R.R ni juga sgt minat dgn English style, kalau tak caya, mari kita tinjau rumah dia, layan......

Seronok dpt kongsi idea dgn adik beradik sama minat ni. oklah dah letih ni, lain kali N3 pula.

Selasa, 9 Februari 2010

BUNGA OH BUNGA


Pada cuti hari minggu baru-baru ni, Rose Roses hanya sempat menyiapkan gubahan bunga yang satu ini, maklumlah terkejar-kejar dengan tugasan rumah yang lain dan anak kecil Rose Roses yang asyik merengek kerana kurang sihat.


Akhirnya kat sinilah tempatnya Rose Roses display gubahan bunga tu, rumah lilin yang kiri dan kanan tu nak gantung tapi tak sempat lagi, kebetulan penyangkutnya blm beli.

Inilah anak Rose Roses yang ke-4 Nurul Faiqa Auni yg merengek tu, cepat baik ye nak, umi nak belajar decoupage pulak ni, peralatan decoupage dari Affeen dah sampai tapi tak sempat nak try lg.

Rose Roses

Isnin, 1 Februari 2010

PROJEK HUJUNG MINGGU

Pada hujung minggu baru-baru ini Rose Roses cuba mencuri masa untuk mengubah rupa rak 4 tingkat ini. Setelah habis menyelesaikan kerja2 rumah terus bawa keluar rak ini utk dicat, tengah2 cat baru teringat nak ambil gambar sebelum rak ini berubah warna.

Kerja2 mengecat dilakukan.

Dahpun bertukar warna, bila dah kering Rose Roses decalkan lagi supaya nampak berseri-seri, ten de den........

Dahpun siap, rak buruk dah jadi baru. Macam mana okay tak?

Rabu, 27 Januari 2010

KOLEKSI ROSE ROSES









Loceng2 ni adalah koleksi pertama Rose Roses mengumpul hiasan English Style.



















Almari ni Rose Roses beli sebagai tanda kenangan duit hasil Anugerah Khidmat Cemerlang 2007.




















Rak kat dinding tu hasil dari penukaran voucher hadiah Sudut Kreatif majalah Keluarga.
























Almari ni pula hasil dari duit Anugerah Khidmat Cemerlang tahun 2004.
















Piring yang tengah tu survenior semasa Rose Roses menghadiri Vantage bersama Eric Leong di Hotel Vistana Kuantan.








Meja konsul tu plain , Rose Roses decalkan.



Dulu sebelum Rose Roses kumpul koleksi Roses, minat dgn sun flower juga, Tapi Rose Roses ttp simpan utk kenangan, sorry ya Sanmawia.
Ini pula mug Ali Cafe, walau dpt freepun, Rose Roses sangat sayangkan mug ni, Sarang burung tu belum gantung lagi, tgh duk fikir lokasi.
Har tengoklah cawan tu, cantik betul, dpt tambah koleksi Rose Roses, terima kasih banyak2.
Botol Kak Chah pun ada kat situ.

Troli yang dah berubah...


Piring ibu Rose Roses belikan.

Koleksi vegetables and fruits.
Bunga ni Rose Roses gubah sendiri, maklumlah dulu buat part time kat florist, sesiapa nak tempah bolehlah contact.

Topi yang beli dengan Har Home Deco tu dah gantung kat situ, okay tak? Rasa-rasanya setakat ini dulu N3, Rose Roses dah ngantuk, esok nak kerja, bye....