rose roses

Selasa, 23 Februari 2010

JALAN-JALAN TERSANGKUT

Salam semua kengkawan, ni Rose Roses nak sambung cerita CNY Holiday maklumlah balik dari bercuti kena sakit mata termasuk anak2 lepas sorang-sorang, itulah berjalan seronok sangat lepas tu semua tak sihat.

Selepas bermalam di rumah adik, esok paginya Rose Roses dan keluarga terus pergi ke Shah Alam, ingat tu nak pergi Romantika, malangnya Romantika tutup, kebetulan pula janji dengan Kak Aida (Aidazshoppe) nak ambil telekung sembahyang untuk dijual.(Kalau ada yang berkenan dengan telekung Aidazshoppe di area Kuantan ni bolehlah beli dengan Rose Roses). Lepas jumpa Kak Aida terus ke SACC Mall, kebetulan KK Home Deco buka, ingat tu saja nak cuci2 mata, akhirnya tersangkut juga dgn beberapa koleksi.
Pinggan anggur ni Rose Roses beli sebab dah ada mangkuk setnya.

Sudu apple ni pula  hanya tinggal 4 dan dijual dgn harga yang murah, so beli jelah.

Ni pula set anggur, berkenan terus beli sekali-sekali shopping.

Suka tengok bentuknya beli juga sbb murah.

Berkenan dengan bunga ni, tak sempat nak gubah lagi.

Itu saja yg Rose Roses dpt beli rasa2nya dah cukup, banyak2kan nanti jadi macam kedai pula rumah Rose Roses. Esoknya terus balik ke Kuantan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.