rose roses

Isnin, 7 Jun 2010

AKTIVITI ROSE ROSES MINGGU INI

Salam rakan blog sekalian, sedihnya hati Rose Roses sebab cuti sekolah kali ini tak dapat bercuti ke mana-mana sbb suami  Rose Roses tak dapat bercuti, nak buat macam mana dah tuntutan tugas....

Minggu lepas ada juga projek sikit2 kat rumah tu... adalah pusing barang sikit-sikit....

Sempatlah juga ubah suai ruang kat dining ni, sayangnya folk art holder ni baru sampai jadi tak sempat nak gantung lagi, jadi sandar jer dulu kat atas rak tu. FA ini hasil tangan rakan sepejabat Rose Roses juga rakan blog Alissa Lisa, cantik betul....

Rak ini pula hadiah dari ibu Rose Roses sempena Hari Ibu, Terima kasih Mami , sayang...... Mami.

Pinggan tu juga hasil Folk Art Alissa Lisa, tak sempat lagi Rose Roses nak berguru dengan Cikgu Lisa ni...


Sinnage  Rose Cottage inilah yang paling Rose Roses minat sebab backgroundnya hitam nampak menyerlah gitu....

Inilah ruang dining yang sempat Rose Rose kerjakan minggu ini....


Sesekali ubah tengok gubahan hijau, terapi mata...
Sempat lagi hari Sabtu baru2 ini berkelah ke Pantai Kemasik, Kijal Terengganu, maklumlah lama tak berkelah bersama keluarga, rupa-rupanya cantiksungguh permandangan di sini, bisa2 lalu jer tak pernah singgah. Ramai juga pengantin buat pergambaran outdoor kat sini..... layannnnnn



Tenang Jiwa melihat hasil ciptaan Allah s.w.t cantik sungguh...