rose roses

Jumaat, 15 Januari 2010

LAMAN INSPIRASIKU


Inilah laman inspirasi Rose Roses, setelah sebulan lebih berpindah inilah hasilnya. Di sinilah tempatnya Rose Roses mencari idea untuk mendalami lagi minat Rose Roses terhadap hiasan dalaman dan landscaping.


Kalau nak tahu besi yang memagari pegola Rose Roses ini merupakan kepala katil Rose Roses yang telah rosak, sayang nak buang kerana kayu dan besinya masih cantik. Rose Roses ucapkan terima kasih kepada majalah kesayangan Rose Roses (IMPIANA) kerana memberi idea tentang kepala katil ini.



Rose Roses sanggup angkut stepping stone dan batu sungai tu 3 kali dari nursery, nak bawa banyak2 takut rosak kereta.




Sedang elok pula siap saja pegola datang lori jual set kerusi taman ni, terus Rose Roses beli boleh juga duduk petang2 makan cucuk(kata orang utara)



Ini pula koleksi orkid Rose Roses dah lama kumpul ni. Pokok2 Rose Roses banyak yang ditanam sejak tahun 1997, bawa pindah naik sebuah lori asing dari Perlis ke Kuantan.
Permandangan ini Rose Roses N3kan sebelah kanan rumah . Lain kali pula Rose Roses N3kan kawasan sebelah kiri rumah, tunggu......