rose roses

Jumaat, 19 Mac 2010

Hasil decoupageku

Bekas kayu ini asalnya warna kayu, telah dicat putih, ha... siaplah kau Rose Roses decoupagekan...

Kan dah berubah wajah, kita ambil gambar tempat terang sikit....
Letih nak gunting bunga yang kecil2 tu, tapi bila dah tengok hasilnya, hilang letih.
Yang ni pula lesung kayu ibu Rose Roses, alunya dah hilang....
Rose Roses decoupagekan semua barang ni untuk ibu Rose Roses sempena Hari Wanita,
Selamat menyambut Hari Wanita pada semua kawan-kawan.

KUNJUNGAN DARI SUNMAWIA DAN EIJAPELITA

Salam rakan2 dan pengikut setia Rose Roses sekalian, pada hari Rabu baru2 ini Rose Roses terpaksa bercuti sbb nak bawa adik Rose Roses pergi berurut sbb jatuh bilik air. Tak sangka pula pada ptgnya terima panggilan talipon dari rakan sekerja yg telah bertukar ke Wilayah Persekutuan yg juga rakan blog kita Sunmawia, nak datang ke rumah. Happy betul bila rakan2 nak dtg ke rumah. Sampai2 rupanya rakan blog Eijapelita dari Johorpun ada, selalu tengok kat alam maya sekarang dah depan mata.
Rose Roses minta maaf sbb emergency, so dpt hidang goreng pisang saja, minta2 tu jgn. serik yer.

Sempat juga tergoda dgn pelita yang dibawa oleh Eija.