rose roses

Isnin, 24 Mei 2010

MAJLIS HI-TEA PERWAKAS PAHANG


Salam rakan-rakan blog semua, sudah agak lama Rose Roses tak N3 apa-apa cerita, maklumlah sibuk dengan tugasan pejabat dan rumahtangga yang tak habis-habis. Kali ini Rose Roses N3kan sambutan hari ibu oleh PEWAKAS Pahang (Persatuan Wanita Kastam Pahang) di MS Garden.
Seronok betul sesekali majlis macam ini diadakan, asyik2 sibuk dgn tugas harian, adakalanya boleh realise tension sikit, nak2 semuanya kaum ibu.
Semua yang hadir mengikut tema majlis hi-tea ini harus mengikut tema Retro-Glam, sebelum majlis berpusu2 ke sana sini cari pakaian yang sesuai....


Inilah rakan-rakan office Rose Roses, dan yang  ini pula ratu retro hari ibu 2010 dapat crown pusingan.

Seronok tengok rakan2 berada dalam ceria , semoga tugasan harian dapat dilakukan dengan lebih bersemangat....

Balik ke rumah pada malamnya baru bersemangat nak berdecoupage lagi, kali ni pinggan ni yang Rose Roses kerjakan....


Dan inilah hasilnya....
Rose Roses displaykan kat sini

Anak Rose Roses, Faiqa Aunipun dah semakin sihat, Alhamdulillah.....

Khamis, 6 Mei 2010

DECOUPAGE TALAM ROTAN


Salam rakan2 blog sekalian, rasanya mcm tak ada mood nak N3 tapi rose roses paksa juga jari jemari ini utk terus menaip. Minggu lepas Rose Roses hanya dpt menyiapkan decoupage rakan Rose Roses yang satu ni. Itupun tak dpt idea yg baik,hanya simple mcm ni saja....
Rose Roses cadangkan pada tuannya supaya letak cermin di bahagian tengahnya.











Pada hari Isnin lps terus Rose Roses serahkan pada tuannya.
Tak sangka pula pada hari tu Rose Roses harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari. Rupa-rupanya perasaan hati yang tak berapa sedap beberapa hari tu ada petandanya. Balik dari pejabat pada hari Isnin, macam biasa terus pergi ambil anak-anak yang sekolah menengah dan terus ke taska mengambil anak2 yang kecil. Sampai di pintu taska, pengasuh yang sedang mendukung anak Rose Roses yang kecil terus berkata " Kak minta maaf, tadi Faiqa tidur, jadi saya mandikan budak2 lain, ada budak2 yg lain main kat depan dan goyangkan penghadang pintu bilik baby, tiba2 jatuh atas Faiqa yang tgh tidur" sambil menunjukkan bahagian kanan muka Faiqa yang terkena pagar besi. Masa tu terkejut betul Rose Roses tengok muka Faiqa yang bergaris-garis lebam, tapi lidah kelu nak berkata apa, tak taulah masatu perasaan hati Rose Roses dah bercampur baur, terus bawa balik anak ke rumah. Telefon kat hubby nak bawa anak pergi klinik, hubby pula kena sambung kerja. So malam baru ke klinik, nasib baik setelah pemeriksaan doktor tak ada apa2 kesan dalaman. Kalau tidak tak taulah apa nak jadi.
Kadang -kadang  kes macam ini yang mencabar perasaan
Rose Roses, kalau ikutkan hati nak saja berhenti kerja, duduk di rumah jaga anak2, tapi ada lagi keperluan2 lain yang perlu difikirkan. Rose Roses hanya berdoa agar suatu hari nanti dapat bekerja sendiri,tidak terikat dengan waktu kerja pejabat yang menuntut seorang ibu terpaksa meninggalkan anak-anak dijaga oleh orang lain. Moga Allah s.w.t murahkan rezeki dan kabulkan doa seorang ibu seperti Rose Roses ini...

Ahad, 2 Mei 2010

AWARD DARI E-BU HOME SWEET HOME

Terima kasih Rose Roses ucapkan kerana sudi memberi award ini. Disebabkan Rose Roses kesuntukan masa hanya award ini yg dpt Rose Roses N3kan. Kalau ada masa yang terluang  akan Rose Roses senaraikan soalan2nya. Muahhhhhh..... gitu.