rose roses

Jumaat, 8 Januari 2010

CERMIN IKEA



Inilah ruang dinding dimana cermin IKEA yang Rose Roses ceritakan dulu, bagi mengurangkan kekosongan pada ruang ini terpaksalah  beli almari yang cute ni. Disini Rose Roses pamerkan koleksi gambar sayur2an dan buah2an. Borring juga kalau asyik tengok bunga, lagi pula lokasinya antara ruang dining dan dapur.

Set buah2an



Inilah set sayur-sayuran  Rose Roses, susah nak jumpa ni, nampak2 terus beli.


Rose Roses

Ruang Makan



Inilah dining Rose Roses, rasa2nya masih banyak lagi yang boleh touch up, tunggu ada idea baru pula.

Dapur Ros Roses


Inilah dapur Rose Roses masih mencari idea utk menyusun, masalahnya di sinilah wet kitchen disinilah dry kitchen, pening juga nak menghiasnya, Walaubagaimanapun Rose Roses akan cuba juga menghiasnya kerana disinilah tempatnya Rose Roses selalu melepak maklumlah orang dapur, hari2 kena masuk pejabat ni, kalau dapur tak kemas dan cantik tak ada mood nak masak. Inipun masih bersepah, maklumlah balik dari pejabat kat luar, kena masuk pejabat ini pula.