rose roses

Sabtu, 17 September 2011

Pesanan Nabi Muhammad S.A.W kepada puteri tercintanya Fatimah...

"Aku memalingkan wajahmu ke akhirat.  Ada dua cara bagimu bagi mencapainya dan bersamaku di sana. Penuhi kewajipanmu dalam beribadah kepada Allah secara sempurna dan penuhi kewajipanmu kepada Suamimu .  Sekiranya seorang pelayan mengambil tanggungjawabmu itu, ia menyebabkan kamu menjadi kurang sempurna.

Kamu perlu mempunyai dua belah sayap supaya kamu dapat terbang ke darjat yang lebih tinggi. Bagaimana seorang lelaki ataupun wanita dapat menjadi hamba Allah yang sempurna ? Bagaimana orang menjadi manusia sempurna dan memenuhi semua kewajipannya?  Tugas kamu adalah mencari jawapan bagi pertanyaan-pertanyaan itu.

Pertama, jadilah hamba Allah yang sempurna.  Kemudian, penuhi kewajipanmu kepada suamimu, Ali.  Beliau adalah lelaki hebat yang mewakili para wali yaing bakal lahir dari keluargamu .  Apabila kamu dapat melakukan semua itu dengan sempurna, pasti kelak kamu berada bersamaku di syurga iaitu tempat manusia-manusia sempurna berkumpul."

                                                                                                    Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim

Khamis, 15 September 2011

Hati dan perasaanku...

Assalamualaikum rakan2 blog ku sekalian, semoga Allah s.w.t sentiasa merahmati kalian. Dah lama rasanya Rose Roses tak N3 apa2 info disini, mungkin kerana terlalu sibuk dengan tanggungjawab seharian sebagai seorang isteri, ibu dan penjawat di jabatan. Selama ini juga Rose banyak mendalami ilmu pengetahuan bagi memperlengkapkan diri ini yang serba kekurangan. Selama ini juga, rasanya sudah cukup segalanya yang telah  Rose tumpukan pada hobi dan kesukaan yang ada, Kadangkala terdetik di hati ini, apa yang ada di dunia ini hanyalah sementara, jadi tak perlulah kita mengejarnya sehingga berlebih-lebihan. Cukuplah ianya sekadar sedap   dipandang. Akhir2 ini Rose cuba untuk menambahkan ilmu untuk memperlengkapkan diri ini sebagai wanita yang  menjadi contoh kepada anak2 . Terasa banyak sangat kekurangan yang ada pada diri ini. 
Bagaimanakah aku akan menjadi contoh pada anak2ku ini, sekiranya aku sendiri tidak mengubah diri ini.
Ya Allah, terima kasih kerana kau detikkan perasaan ini dalam hatiku. Insya Allah selepas ini diri ini akan sentiasa cuba mencari ilmumu sehingga ke akhir hayatku....Amin....