rose roses

Isnin, 9 Mei 2011

Aktiviti Taman Bungaku

Salam rakan2 blog Rose Roses, lama dah rasanya Rose Roses tak bercerita tentang pokok bunga, bukannya tak aktif bertaman, tapi tak berkesempatan nak N3kan....
Nampaknya setelah 1tahun lebih  Rose Roses berpindah rumah sendiri ni, pokok2 yg ditanampun dah makin membesar,  pokok2 nilah yg selalu Rose Roses belek-belek bila hari cuti Sabtu dan Ahad.

Yang ini  pula taman bunga tiruan, rasa2nya tak lama lagi kalau ada masa, kerusi malas tu Insya Allah akan bertukar menjadi putih...
Meja bulat tupun mungkin akan bertukar warna....

Yang ni pokok Daisy Merah Rose Roses yg sedang lebat berbunga...

Ini pula pokok bunga Hydrangae (Siti Zubaidah ) baru mengeluarkan bunga 2 jambak, masa Rose Roses uploadkan gambar ini , dah banyak mengeluarkan jambak bunga, Cuma Rose Rose tak sempat nak ambil gambar lagi...

Yang ini pula kemboja cina (Addenium) bahasa sainsnya, sorrylah kalau tersilap eja ya, Rose Roses ada 6 pasu yang berlainan warna, pokok ni Rose Roses bela dari anak pokok, ingat2 dari umur anak Rose Roses yg sekarang dah di tingkatan 2....

Kalau boleh banyak lagi nak cerita pasal pokok bunga ini, tapi masa tak mengizinkan, tak apalah nanti ada masa Rose Roses sambung N3 lagi ya........