rose roses

Selasa, 19 April 2011

Weekend di rumah ibu Rose Roses

Salam rakan-rakan Rose Roses sekalian, lama rasanya tak N3 apa2 ceerita kat sini, asyik mengadap FB saja, rindu pula nak bercerita  kat sini. Weekend baru2 ini Rose Roses balik ke kg Rose Roses, tak sangka2 rumah ibu Rose Roses dah banyak perubahan....
Maklumlah untuk mengurangkan rasa borring macam2 ibu Rose Roses buat, jom kita layan......
Terkejut Rose Roses lihat, dulu almari mahagoni ini warna kayu, tiba2 dah bertukar warna jadi putih dikerjakan oleh ibu Rose Roses......



Suka betul tengok suasana rumah ibu Rose Roses maklumlah kalau di rumah sendiri banyak kali nak kena mengemas maklumlah askar ramai....

Bunga atas meja tu Rose Roses tolong gubahkan, ini saja  yang dapat Rose Roses sumbangkan idea untuk mami....

Ini baru ruang tamu pertama dan kedua tak termasuk ruang menonton, dining dan dapur lagi, rasanya Rose Roses dan mengantuk, so lain kalilah pula Rose Roses N3kan......
Tunggu.......

Ok, hari ini Rose nak sambung balik cerita weekend di rumah ibu Rose Roses ni....
Selain menghias dan mengemas rumah ni , ibu Rose Roses merupakan seorang yang suka berkebun, boleh dikatakan setiap apa yang ditanam menjadi saja, orang-orang tua kata tangan sejuk....
Mari kita tengok laman ibu Rose Roses ni....
Cantik giler bunga hydrangae ni, ada 3 pasu semuanya macam2 warna, tu ada satu lagi kat dalam polybag belum ada pasu, sukanya tengok....

Yang ini pula pokok mahkota berduri, kalau time berbunga banyak memang colourful lah, pokok ini memang Rose Roses minat, sebab itulah kat rumah Rose Roses banyak pokok ni.....

Tengok tu pokok mahkota berduri yang dalam pasu plastik, Rose Roses beli di nursery sebab tak ada lagi colour macam tu kat rumah.....

Pokok-pokok hijaupun  ibu Rose Roses minat, tengoklah sampai dalam longkang pokok bunga.....

Kalau time berbunga banyak memang cantik rasa duk kat negeri org putih musim bunga.....

Orkid n pokok keladi batikpun ada, sukalah.....

Yang ini kebanyakan pokok hijau sebab tak boleh panas maka duduklah bawah bumbung......

Oklah setakat ini saja kali ini, nanti ada masa lagi kita kongsi idea lain pula ya.....