rose roses

Jumaat, 22 Jun 2012

JADIKANLAH IKTIBAR...

Assalamu'alaikum WBT. rakan blog sekalian....
Kali ini Rose Roses nak share sebuah artikel yang telah Rose Roses baca dalam Majalah Anis bulan Julai 2012, ianya amat menyentuh hati dan perasaan. Sebuah kewajipan yang setiap orang mukmin perlu lakukan, tetapi di zaman ini, perkar itulah yang dilalaikan oleh umat Islam, kalau dilakukanpun sentiasa ditangguh-tangguh kerana urusan duniawi lebih penting. Ya Allah, jauhkanlah kami dari perkara-perkara yang melalaikan kami  daripada mengingatimu dan mengerjakan ibadah solat. Amin...

KEMBALIKAN AKU.....

Nafasnya hampir putus. Jantungnya berdegup kencang.  Perutnya sudah mula senak. Namun dia perlu lari. Lari menyelamatkan diri.  Lari ke mana ? Dia tidak tahu.
" Ke mana kau mahu lari ?" Suara nyaring menerobos gegendang telinganya. Tiba-tiba kakinya terhenti. Seraya keras dan kaku.  Dia tidak boleh bergerak. Dia tidak boleh lari lagi.
" Apa salah aku ?" Dia termangu. Bingung.
"Kau tahu solat itu tiang agama ?"
"Aku tahu."
" Kau tahu Rasulullah SAW. pernah bersabda : 'Sesiapa meninggalkan solat secara sengaja, maka Allah menulis namanya di atas sebuah pintu neraka bahawa dia adalah daripada bakal penghuninya'."
"Aku tahu." Dia terketar-ketar.
Dadanya berombak . Adakah masanya sudah tiba untuk dia masuk neraka. Fikirannya melayang. Menyungkit memorinya tentang solat.
"Berapa waktu solat aku?" Dia mencongak -congak. Sekolahnya tidak tinggi.  Tidak habispun tingkatan satu. Tapi pada zamannya itu pencapaian yang cukup baik. Ramai kawan sekampungnya setakat darjah lima sahaja. Tetapi dia sempat belajar solat daripada Ustaz Mahadi. Dia tahu solat. Ketika remaja juga dia pernah solat. Awal zaman rumah tangganya juga dia pernah solat. Namun, ketika usianya mencecah setengah abad, ibadat itu mula lenyap dari kamus hidupnya.
"Aku berkorban untuk anak-anak.  Aku bekerja keras untuk kejayaan mereka.  Sekarang mereka semua berjaya."
" Ibadat solat adalah ibadat individu yang mesti dilaksanakan oleh individu.  Adakah kau mengharap mereka solat maka kau terlepas daripada kefarduannya ? Kau silap."
Dia tertunduk. Lidahnya kelu .
" Sesungguhnya solat itu menjadi kewajipan orang-orang Mukmin di mana dia difardukan (mesti dilaksanakan) dalam waktunya yang terbatas." (An-Nisa' 4:103)
" Aku tidak menolak kefarduannya."
" Baik, namun kau termasuk di kalangan manusia yang menangguhkan solat hingga terlepas dari waktunya. Maka Waillah bagi kalangan orang yang tidak bersolat."
" Wail itu apa ?" tanyanya terketar-ketar.
"Menurut 'Ataa' bin Yasaar, Wail itu ialah nama sebuah lembah dalam Neraka Jahanam yang seandainya dilemparkan gunung-ganang nescaya ia akan cair dan mengalir dek kepanasannya. Manakala Ibnu Abbas pula berkata Wail itu ialah sebuah lembah di Jahanam di mana Jahanam sendiri meminta berlindung daripada kepanasannya.  Dan ia adalah tempat tinggal bagi orang yang melewatkan solat sehingga terkeluar dari waktunya."
Nafasnya naik turun. Berombak. Badannya menggigil ketakutan.
"Inikah balasan untukku? Tidak adakah cara untuk aku menebusnya ?"
Memorinya tersungkit lagi. Isterinya pernah menasihati untuk solat. "Kau solatlah. Nanti aku solat," Itulah jawapan kegemarannya yang akhirnya waktu solat itu berlalu pergi. Anak-anaknya pernah menegurnya.
"Kau solatlah. Ayah ni lain," jawabnya beralasan.
"Apa yang lainnya? kau tak ada bezanya dengan manusia-manusia lain yang dipertanggungjawabkan untuk solat."
Tiba-tiba.......
"Kau dengar itu?"
Sayup-sayup. Semakin lama semakin dekat dan jelas.  Bunyi tulang-tulang menyenak gegendang telinganya. Kertap....Kertup.....Kertap.....Kertup....
"Itulah bunyi tulang-tulang rusuk manusia yang berselisih akibat disempitkan kuburnya oleh Allah SWT. Balasan orang yang melengahkan solat." Peluh-peluh sejuk mula mengalir.
Tiba-tiba.....
"Kau dengar itu ?"
"Panas! Panas!Panas!" Jeritan yang tidak putus-putus dan tidak pernah berhenti malah tidak tahu berhenti.
"Itulah jeritan manusia di dalam kubur akibat melengahkan solat. Maka di atas kuburnya dinyalakan api yang baranya melompat pada waktu malam dan siang. "Badannya terus menggeletar. Peluh yang merenik sudah hampir membasahi sekujur tubuhnya.
Tiba-tiba....
"Kau dengar itu ?"
"Suara yang menggegarkan seperti guruh itu?"
"Ya itulah As-Syuja ul Aqraa'. Ular yang menyeksa manusia di dalam kubur bagi yang melengahkan solat." Tubuhnya terlompat-lompat seiring gegaran suara As-Syuja ul Aqraa'.  Jantungya terasa mahu tersentap keluar setiap kali laungan As-Syuja ul Aqraa' .  Peluh menyimbah tidak terseka lagi.
"As-Syuja ul Aqraa' itu matanya daripada api dan kukunya daripada besi.  Manakala panjang setiap kukunya adalah sehari perjalanan.  Maka ular itu akan berkata kepada orang yang melengahkan solat :" Akulah As-Syuja ul Aqraa'. Saya diarahkan Tuhan saya untuk memukul engkau disebabkan engkau mengabaikan solat Zuhur dari waktu Zuhur sehingga masuknya waktu Asar. Dan saya akan memukul engkau disebabkan engkau mengabaikan solat Asar dari waktu Asar sehingga masuknya waktu Maghrib. Seterusnya saya akan memukul engkau disebabkan engkau mengabaikan solat Isyak dari waktu Isyak sehingga masuknya waktu Subuh."
"Maka setiap kali dia memukulnya satu pukulan akan terbenam ranap dia ke dalam bumi sejauh 70 hasta.  Maka sentiasalah dia di perut bumi diseksa sehingga hari kiamat."
"Sudah! Sudah! Aku sudah tidak sanggup menyaksikannya lagi! Aku bertaubat! Ya Allah berilah aku peluang untuk menggantikan semua solat yang sudah aku tinggalkan. Aku nak balik!"
Dia meronta-ronta. Berguling-guling. Seluruh isi perutnya seperti mahu terhambur keluar. Bisa menjalar ke seluruh urat-urat sarafnya.
Kepala nya terasa berdengap-dengap. Tubuhnya mula lesu dan lemah tidak bermaya.
Suasana hening seketika....
Suara itu macam pernah aku dengar. Ya, aku kenal suara itu.
"Bagaimana keadaan ayah, mak?"
"Entahlah. Susah mak nak cakap. Asyik meracau. Badannya sekejap panas, sekejap sejuk. Ada masa berpeluh-peluh seperti orang berlari. Kadang-kadang berguling-guling. Malangnya mak tak faham apa yang ayah kau cakap."
Itu suara isteri dan anak-anakku.
"Mah! Mah! Abang dah balik Mah! Abang dah bertaubat. Abang nak solat. Ambilkan abang air wuduk."
Dia cuba menggerakkan badannya. Berat. Dia cuba menggoyangkan kaki. Berat. Dia cuba bercakap. Lidahnya juga keras dan berat.
"Aaa...aaa...." hanya itu yang mampu dikeluarkan.
"Aaa...aaa..."
"Mak!Mak! Ayah dah sedar!"
"Syukur Alhamdulillah. Abang diserang angin ahmar, bang. Abang jatuh dan moma hampir dua minggu. Sukur abang dah sedar," Istrerinya menjelaskan penuh sebak.
"Aaa...aaa..(Abang nak solat. Ambilkan abang wuduk)."
"Abang nak apa? Abang nak makan?"
"Aaa...aaa...(Ayah nak solat. Ambilkan ayah wuduk)"
"Ayah nak limau?Epal?Anggur?"
"Aaa...aaa..."
Erangannya semakin meninggi. Namun tida siapa yang memahami kehendaknya saat itu. Matanya merah. Air matanya merembes laju. Terbayang jelas di irisnya julangan api Wail. Melapah dan mencairkan seluruh tubuhnya.  Begitu juga dengan laungan As-Syuja ul Aqraa' yang semakin hampir ke gegendang telinganya.












Rabu, 23 Mei 2012

BIOSINAR PENCUCI SERBAGUNA

Assalamualaikumwarahmatullahiwarakatuh,
Rakan-rakan blog sekalian, 
hari ini Rose Roses nak cerita sikit pasal sabun basuh yang Rose Roses baru try ni. 
Rasanya kerja membasuh Rose Roses dah menjadi semakin mudah, tak payah nak menyental dengan tenaga yang berhabis-habisan, kuranglah sikit masalah sakit bahu Rose Roses ni. Baju sekolah anak Rose Roses yang sentiasa kotorpun dah tak jadi masalah sangat dah. Begitu juga dengan kasut sekolah. Yang best lagi lepas basuh baju, balance air sabun yang tadi Rose Roses buat basuh lubang tandas dan lantai bilik air, bersih gitu.
Sabun ni pula multi purpose, air sabun yang dah guna boleh buat siram pokok. Selalunya sabun-sabun lain yang pernah Rose Roses gunakan membuatkan tangan Rose Roses kering. Setakat yang Rose Roses guna sabun ni, tak adalah lagi kulit tangan Rose Roses kering dan menggelupas. Dulu hanya dengar dalam Radio IKIM jer pasal sabun, memang dengar komen yang diberikan oleh pengguna semuanya positif tu yang excited nak cuba, terus call pengedar dia hantar, sekarang dah guna  memang betullah, baju yang berwarnapun, warnanya tak pudar, best betul.....

Kalau nak tahu sabun tu namanya BIOSINAR......

Last2, rasa nak sharelah guna sabun ni dengan kawan-kawan , kalau sesiapa (area Kuantan dan Kemaman) nak cuba bolehlah contact Rose Roses ya.......(012-5075846). Harganya RM 15.90 1KG....

Produk

BioSinar - serbuk pencuci serbaguna yang menakjubkan!
»Pakaian tidak perlu disental
»Senang digosok
»Tidak berbau hapak jika terlebih rendam.

Produk ini dikilangkan oleh syarikat , Deru Bio Sdn Bhd dan formulasinya yang unik mempunyai ciri-ciri yang berikut:
»Kotoran tertanggal dengan mudah.
»Agen anti kotoran lekat semula memastikan kotoran yang tertanggal tidak melekat semula pada pakaian.
»Tidak berbau hapak jika terlebih rendam.
»Agen anti karat supaya mesin basuh tahan lebih lama.
»Enzim yang dapat menanggalkan kotoran degil seperti minyak hitam, kicap, kari serta kesan dakwat.
»Pakaian sentiasa lembut, berseri, mudah digosok dan tahan lama.
»Penjimatan sehingga 50% perbelanjaan anda kerana selain daripada pencuci, formulasinya telah dirumus dengan pelembut dan penghilang kotoran degil.
»Sesuai untuk digunakan oleh mereka yang mengalami kulit sensitif.

Harga - RM15.90/kg (Semanjung Malaysia) dan RM18.90 (Sabah & Sarawak) untuk 20-30 cucian. Dengan produk lain, pengguna lazimnya akan berbelanja diantaraRM30-RM50 untuk mendapatkan kesan yang hampir sama.

Cara Penggunaan