rose roses

Ahad, 5 Jun 2016

COMELNYA ANAK-ANAK MENUTUP AURAT

Alhamdulillah...
Lama saya tak update blog saya ini..
Mood berblog kembali semula, selepas lama menyepi. Rasa-rasanya lebih selesa bercerita di sini.
Hari rasa nak bercerita pengalaman nak latih anak saya Faiqa Auni menutup aurat.
Sejak dari umurnya 3 tahun saya melatihnya, namun pakai kejap bila dah masuk dalam kereta Auni buka dan taknak pakai. Begitulah sehingga umurnya 5 tahun, saya standby jer tudung Auni walau di mana saja saya pergi. Saya biasakan Auni bila nak keluar kereta terus pakai. Saya sabar jer..
Alhamdulillah kini Auni telah berumur 7 tahun dan tudungnya sentiasa dipakai apabila keluar dari rumah.. Malah kadang-kadang tu dalam rumahpun Auni lupa buka tudung...
Nak bagi Auni lebih minat bertudung saya pelbagaikan corak tudung Auni supaya dia lebih berminat pakai tudung...
Selalu pesan pada Auni supaya menutup aurat sebab Allah sayang wanita yang menutup aurat...
Lepas ni nak latih Auni pakai stokin pula....

Jomlah dapatkan tudung kanak-kanak yang cantik di sini....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.