rose roses

Khamis, 6 Mei 2010

DECOUPAGE TALAM ROTAN


Salam rakan2 blog sekalian, rasanya mcm tak ada mood nak N3 tapi rose roses paksa juga jari jemari ini utk terus menaip. Minggu lepas Rose Roses hanya dpt menyiapkan decoupage rakan Rose Roses yang satu ni. Itupun tak dpt idea yg baik,hanya simple mcm ni saja....
Rose Roses cadangkan pada tuannya supaya letak cermin di bahagian tengahnya.











Pada hari Isnin lps terus Rose Roses serahkan pada tuannya.
Tak sangka pula pada hari tu Rose Roses harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari. Rupa-rupanya perasaan hati yang tak berapa sedap beberapa hari tu ada petandanya. Balik dari pejabat pada hari Isnin, macam biasa terus pergi ambil anak-anak yang sekolah menengah dan terus ke taska mengambil anak2 yang kecil. Sampai di pintu taska, pengasuh yang sedang mendukung anak Rose Roses yang kecil terus berkata " Kak minta maaf, tadi Faiqa tidur, jadi saya mandikan budak2 lain, ada budak2 yg lain main kat depan dan goyangkan penghadang pintu bilik baby, tiba2 jatuh atas Faiqa yang tgh tidur" sambil menunjukkan bahagian kanan muka Faiqa yang terkena pagar besi. Masa tu terkejut betul Rose Roses tengok muka Faiqa yang bergaris-garis lebam, tapi lidah kelu nak berkata apa, tak taulah masatu perasaan hati Rose Roses dah bercampur baur, terus bawa balik anak ke rumah. Telefon kat hubby nak bawa anak pergi klinik, hubby pula kena sambung kerja. So malam baru ke klinik, nasib baik setelah pemeriksaan doktor tak ada apa2 kesan dalaman. Kalau tidak tak taulah apa nak jadi.
Kadang -kadang  kes macam ini yang mencabar perasaan
Rose Roses, kalau ikutkan hati nak saja berhenti kerja, duduk di rumah jaga anak2, tapi ada lagi keperluan2 lain yang perlu difikirkan. Rose Roses hanya berdoa agar suatu hari nanti dapat bekerja sendiri,tidak terikat dengan waktu kerja pejabat yang menuntut seorang ibu terpaksa meninggalkan anak-anak dijaga oleh orang lain. Moga Allah s.w.t murahkan rezeki dan kabulkan doa seorang ibu seperti Rose Roses ini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.