Rabu, 16 Jun 2010
AWARD DARI E-BU HOME SWEET HOME
Salam rakan blog sekalian, nampaknya dalam minggu ini dah 2 award yang Rose Roses terima, terima kasih banyak2 pada Shiemanis kerana tag Rose Roses didalam senarai award nice blogers award. Suka gitu.....
Kat sini Rose Roses nak kena jawab soalan2 ni pula ya....
1. Apa yang bermain difikiran you all sekarang ?
Tengah duk fikir persediaan untuk hari tua, dan nak collect pokok orkid....
2. Apakah nama samaran you all ?
Rose Roses (Ros singkatan nama, Roses pulak minat sangat kat bunga ros)
3. Berikan 3 orang yang you all sayang ?
Sayang sangat2 dengan semua orang , lebih2 lagi
1) My Darling ( Hubby Mohd Zain bin Bakar)
2) My Daughters an sons(Nurul Fatina, Ahmad Fadzlan, Ahmad Faris Mirza & Nurul Faiqa Auni)
3) Abah, Mami dan adik2
4. Panggilan untuk si dia
Agak2nya sidia tu suami tersayang , panggil Abang....
5. Hadiah yang you all impikan dari seseorang yang istimewa ...kalau dari sang suami:-
Masa yang berharga bersama keluarga...
dari Keluarga & Teman2 :-
doa agar hidup ini diberkati dan dilimpahi kebahagiaan dan kesihatan yang baik...amin..
6. Blog mana yang you all suka visit ?
semua blog yang menampilkan english style, decoupade, folkart dan landscaping...
7. Tag kan kepada 15 blogger you all
~ http://sanmawia.blogspot.com/
~ http://ayulittlecottage.blogspot.com/
~ http://affeen.blogspot.com/
~ http://eijacottage.blogspot.com/
~ http://www.iriscottage.blogspot.com/
~ http://salicottage.blogspot.com/
~ http://zaismacottage.blogspot.com/
~ http://teratakputeriqareshah.blogspot.com/
~ http://zetiakhmaenglishcottage.blogspot.com/
~ http://lindashukor77.blogspot.com/
~ http://jariintanku.blogspot.com/
~ http://alissa-lisa.blogspot.com/
~ http://zarinawati74.blogspot.com/
~ http://azlinadeco.blogspot.com/
~ http://kahariah.blogspot.com/
Selesaipun, ini sajalah blog2 yang Rose Roses tagkan namanya untuk award ini, blog2 ini sentiasa mendapat kunjungan dari Rose Roses....
Semoga dapat terima award ini dengan hati yang terbuka....
Selamat malam...... Cek tidoq dulu noo........
Khamis, 10 Jun 2010
AWARD DARI AYU LITTLE COTTAGE
Hari ini buka2 blog Rose Roses terima jemputan dari Ayu Little Cottage untuk ambil award darinya, terus saja singgah ke blog Ayu dan ambil award . Terima kasih Rose Roses ucapkan pada Ayu, Comel Lote bear tu, kata orang Terengganu. Semoga persahabatan kita di alam maya berterusan, kalau ada peluang semoga dapat bersua di alam nyata pula ya....
Isnin, 7 Jun 2010
AKTIVITI ROSE ROSES MINGGU INI
Salam rakan blog sekalian, sedihnya hati Rose Roses sebab cuti sekolah kali ini tak dapat bercuti ke mana-mana sbb suami Rose Roses tak dapat bercuti, nak buat macam mana dah tuntutan tugas....
Minggu lepas ada juga projek sikit2 kat rumah tu... adalah pusing barang sikit-sikit....
Sempatlah juga ubah suai ruang kat dining ni, sayangnya folk art holder ni baru sampai jadi tak sempat nak gantung lagi, jadi sandar jer dulu kat atas rak tu. FA ini hasil tangan rakan sepejabat Rose Roses juga rakan blog Alissa Lisa, cantik betul....
Rak ini pula hadiah dari ibu Rose Roses sempena Hari Ibu, Terima kasih Mami , sayang...... Mami.
Pinggan tu juga hasil Folk Art Alissa Lisa, tak sempat lagi Rose Roses nak berguru dengan Cikgu Lisa ni...
Inilah ruang dining yang sempat Rose Rose kerjakan minggu ini....
Sempat lagi hari Sabtu baru2 ini berkelah ke Pantai Kemasik, Kijal Terengganu, maklumlah lama tak berkelah bersama keluarga, rupa-rupanya cantiksungguh permandangan di sini, bisa2 lalu jer tak pernah singgah. Ramai juga pengantin buat pergambaran outdoor kat sini..... layannnnnn
Tenang Jiwa melihat hasil ciptaan Allah s.w.t cantik sungguh...
Khamis, 6 Mei 2010
DECOUPAGE TALAM ROTAN
Salam rakan2 blog sekalian, rasanya mcm tak ada mood nak N3 tapi rose roses paksa juga jari jemari ini utk terus menaip. Minggu lepas Rose Roses hanya dpt menyiapkan decoupage rakan Rose Roses yang satu ni. Itupun tak dpt idea yg baik,hanya simple mcm ni saja....
Rose Roses cadangkan pada tuannya supaya letak cermin di bahagian tengahnya.
Pada hari Isnin lps terus Rose Roses serahkan pada tuannya.
Tak sangka pula pada hari tu Rose Roses harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari. Rupa-rupanya perasaan hati yang tak berapa sedap beberapa hari tu ada petandanya. Balik dari pejabat pada hari Isnin, macam biasa terus pergi ambil anak-anak yang sekolah menengah dan terus ke taska mengambil anak2 yang kecil. Sampai di pintu taska, pengasuh yang sedang mendukung anak Rose Roses yang kecil terus berkata " Kak minta maaf, tadi Faiqa tidur, jadi saya mandikan budak2 lain, ada budak2 yg lain main kat depan dan goyangkan penghadang pintu bilik baby, tiba2 jatuh atas Faiqa yang tgh tidur" sambil menunjukkan bahagian kanan muka Faiqa yang terkena pagar besi. Masa tu terkejut betul Rose Roses tengok muka Faiqa yang bergaris-garis lebam, tapi lidah kelu nak berkata apa, tak taulah masatu perasaan hati Rose Roses dah bercampur baur, terus bawa balik anak ke rumah. Telefon kat hubby nak bawa anak pergi klinik, hubby pula kena sambung kerja. So malam baru ke klinik, nasib baik setelah pemeriksaan doktor tak ada apa2 kesan dalaman. Kalau tidak tak taulah apa nak jadi.
Rose Roses, kalau ikutkan hati nak saja berhenti kerja, duduk di rumah jaga anak2, tapi ada lagi keperluan2 lain yang perlu difikirkan. Rose Roses hanya berdoa agar suatu hari nanti dapat bekerja sendiri,tidak terikat dengan waktu kerja pejabat yang menuntut seorang ibu terpaksa meninggalkan anak-anak dijaga oleh orang lain. Moga Allah s.w.t murahkan rezeki dan kabulkan doa seorang ibu seperti Rose Roses ini...
Ahad, 2 Mei 2010
AWARD DARI E-BU HOME SWEET HOME
Terima kasih Rose Roses ucapkan kerana sudi memberi award ini. Disebabkan Rose Roses kesuntukan masa hanya award ini yg dpt Rose Roses N3kan. Kalau ada masa yang terluang akan Rose Roses senaraikan soalan2nya. Muahhhhhh..... gitu.
Rabu, 28 April 2010
Selasa, 27 April 2010
PROJEK MINGGU INI...BALIK KEMAMAN
Salam rakan blog sekalian, dah seminggu tak N3 apa2 rindu rasanya. Off day minggu ini Rose Roses balik ke kg di Kemaman, rindu rasanya walaupun Kuantan dan Kemaman lebih kurang 1 jam perjalanan, rasanya dah sebulan lebih tak balik. Nak buat macam mana tuntutan masa...
Tengah berbual2 dengan ibu Rose Roses nampak labu sayong kat atas mesin basuh, mami kata asal2 warnanya hitam, lepas tu dia spray putih. Sayong tu kepunyaan adik Rose Roses yg tinggal kat KL, dah letak kat dlm setor sebab mulut sayong dah sumbing.
Tengah berbual2 dengan ibu Rose Roses nampak labu sayong kat atas mesin basuh, mami kata asal2 warnanya hitam, lepas tu dia spray putih. Sayong tu kepunyaan adik Rose Roses yg tinggal kat KL, dah letak kat dlm setor sebab mulut sayong dah sumbing.
Rose Roses tak ambil kisahpun sbb masa tu anak Rose Roses yg kecil tak tidur lagi, so bg tidur anak terus dgn maknya sekali tidur...
Esok paginya anak Rose Roses jaga pukul 5 pagi, sambil tengok anak bermain, terfikirlah nak decoupagekan sayong ni, apa lagi kerjakanlah dia.....
Dah jadi mcm ni, kat mana yer nak letak, ha... kat sinilah...
Sorry yer mami, projek subuh hari.
Ini pula fauxe cake yang ditempah dr Har Home Decor, cantik sangat....
Rose Roses display kat sinilah...
Jangan anak Rose Roses makan sudah....
Langgan:
Catatan (Atom)




