rose roses

Isnin, 15 Mac 2010

KOLEKSI TANAMAN ROSE ROSES

Hari ni Rose Roses nak cerita sikit koleksi tanaman yang ada, nak nak sekarang ni musim panas banyaklah yang berbunga. Pokok2 ni bagi Rose Roses bagaikan terapi, kalau tgh tension. Kadang2 dgn pokokpun boleh berbual-bual. kata org tua2 kalau kita bercakap dgn pokok, pokok akan subur (tak taulah betul ke tak?Ini cakap orang tua-tua)
Ini antara koleksi pokok orkid Rose Roses yang sedang berbunga, bila berbunga nilah peluang nak ambil gambar, kalau tak semua pokok nampak sama saja.

Setakat ini ini saja yang dapat Rose Rose N3 kan, banyak lagi koleksi Orkid yang Rose Roses ada, tunggu berbunga baru dpt tangkap gambar. Pokok-pokok lainpun banyak lagi. Koleksi Rose Roses banyak jenis yang berbunga sbb suka lihat warna-warninya.

Sabtu, 13 Mac 2010

KUNJUNGAN KE RUMAH HAR HOME DECO

Salam pada rakan blog sekalian, hari ni Rose Roses N3 kunjungan Rose Roses ke rumah Har Home Deco. Seronok pergi rumah Har ni, peramah orangnya walaupun pertama kali bersua muka, tapi rasa mcm dah biasa jumpa. Seronok tengok koleksi Har, nak-nak fauxe kek yang Har buat tu,jadi terorderlah sebiji, ada juga beli brg2 lain.

Cantik rumah Har, pandai menghias.















Bergambar dgn Har, alah...pergi time rehat hari Jumaat, ikut dan jer pakai baju sbb kat office pakai uniform, selekehlah sikit Rose Roses, sorry ye Har.














Rose Roses pergi berdua dgn Diary Roses.
Tengoklah kawan kita ni...
Wah... possing sakan Diary Roses kita ni, mmg pandai bergaya orgnya, mcm mana gayapun nampak manis.












Cantik hiasan rumah Har, kemas walaupun berniaga brg2 tersusun elok, harap2 lain kali boleh pergi lagi ya.

Jumaat, 5 Mac 2010

KUNJUNGAN KE RUMAH DIARY ROSES

Salam Sabtu rakan2 blog sekalian, dah lama Rose Roses tak N3, rasa rindu pula. Rasanya hari ini ada kelapangan sedikit so dptlah Rose Roses N3 pasal kunjungan Rose roses ke rumah rakan blog kita Diary Roses yang juga rakan sepejabat Rose Roses. Mula2 plan nak pergi ke rumah rakan blog Har Home Deco sbb waktu rehat hari Jumaat lama sikit, sayangnya Har cuti sakit, so ubah plan ke rumah Diary Roses.
Walaupun rakan sepejabat masa begitu mencemburui Rose Roses, jadi inilah peluang pertama Rose Roses ke rumah Diary Roses. Seronok betul lihat koleksi Diary Roses ni, pandai menghias...









Best betul tengok kek ni, tapi best tengok jerlah, tak boleh rasa....
 Diary Roses kata kektu tempah dgn Har Home Deco, bilalah ada peluang nak pegi rumah Har ni....
emmmmm best betul kek coklat tu, terliur betul apakan daya boleh tengok jer...

Wah.. strategik betul background Diary Roses dan Kak Siti(rakan sama minat/officemate) bergambar.

Ini pula antara koleksi2 yang Rose Roses berkenan, geram tengok epal, maklumlah sekarang tengah collect set buah2an pulak.
Seronok betul tengok rasa taknak keluar rumah, takpa lain kali harap2 dpt undangan lagi.
Okaylah lain kali Rose Roses N3 lg, oh ya jemputlah tengok blog adik ipar rose roses
ZETI ENGLISH COTTAGE

Selasa, 23 Februari 2010

PELITAKU DAH SAMPAI

Balik dari bercuti Hari Rabu masuk bekerja balik,tengaharinya dapat bungkusan pos laju,tengok2 dari Kak Sali (Salicottage) apa lagi terus buka, Tak sabar-sabar.......
Wah cantiknya Kak Sali, ni yang menaikkan lagi semangat Rose Roses nak belajar decoupage ni.
 Malam tu tak kira juga terus keluarkan peralatan decoupage buat percubaan pertama.

Tin biskut ni backgroundnya dah cantik, so Rose Roses tambahkan dengan tisu decoupage saja.
Inipun tengok cara dari buku En. Zahir.


Inilah hasilnya, lepas ni kalau ada masa yang terluang, Rose Roses akan cuba buat yang lain pula.

JALAN-JALAN TERSANGKUT

Salam semua kengkawan, ni Rose Roses nak sambung cerita CNY Holiday maklumlah balik dari bercuti kena sakit mata termasuk anak2 lepas sorang-sorang, itulah berjalan seronok sangat lepas tu semua tak sihat.

Selepas bermalam di rumah adik, esok paginya Rose Roses dan keluarga terus pergi ke Shah Alam, ingat tu nak pergi Romantika, malangnya Romantika tutup, kebetulan pula janji dengan Kak Aida (Aidazshoppe) nak ambil telekung sembahyang untuk dijual.(Kalau ada yang berkenan dengan telekung Aidazshoppe di area Kuantan ni bolehlah beli dengan Rose Roses). Lepas jumpa Kak Aida terus ke SACC Mall, kebetulan KK Home Deco buka, ingat tu saja nak cuci2 mata, akhirnya tersangkut juga dgn beberapa koleksi.
Pinggan anggur ni Rose Roses beli sebab dah ada mangkuk setnya.

Sudu apple ni pula  hanya tinggal 4 dan dijual dgn harga yang murah, so beli jelah.

Ni pula set anggur, berkenan terus beli sekali-sekali shopping.

Suka tengok bentuknya beli juga sbb murah.

Berkenan dengan bunga ni, tak sempat nak gubah lagi.

Itu saja yg Rose Roses dpt beli rasa2nya dah cukup, banyak2kan nanti jadi macam kedai pula rumah Rose Roses. Esoknya terus balik ke Kuantan. 

Khamis, 18 Februari 2010

CNY HOLIDAY

Cuti CNY baru-baru ini Rose Roses menerima jemputan perkahwinan dari sepupu di Saujana Utama Sg. Buluh, disebabkan suami Rose Roses yg susah nak bercuti terpaksalah kami sekeluarga bertolak dari Kuantan pada pagi Sabtu (Hari kenduri), letih juga kerana rushing pagi2 dgn nak menguruskan anak kecil.Tapi tak apalah asal dpt pergi sbb. masa ini saja peluang nak jumpa saudara-mara.
 Inilah pengantinnya, rugi gambar ramai2 tu Rose Roses tak sempat sampai sbb on the way. Sepupu R.R pengantin perempuan (Farah Raihan) adik kepada Ally Iskandar.
Yang duduk di tengah tu nenek Rose Roses, berdiri dr kiri ibu R.R, tgh sepupu R.R (Ally Iskandar) dan adik bongsu R.R. 
Malam tu Rose Roses bermalam di rumah adik lelaki R.R di Punca Alam, yang kiri tu adik ipar R.R (Zeti Akma). Adik Ipar R.R ni juga sgt minat dgn English style, kalau tak caya, mari kita tinjau rumah dia, layan......

Seronok dpt kongsi idea dgn adik beradik sama minat ni. oklah dah letih ni, lain kali N3 pula.

Selasa, 9 Februari 2010

BUNGA OH BUNGA


Pada cuti hari minggu baru-baru ni, Rose Roses hanya sempat menyiapkan gubahan bunga yang satu ini, maklumlah terkejar-kejar dengan tugasan rumah yang lain dan anak kecil Rose Roses yang asyik merengek kerana kurang sihat.


Akhirnya kat sinilah tempatnya Rose Roses display gubahan bunga tu, rumah lilin yang kiri dan kanan tu nak gantung tapi tak sempat lagi, kebetulan penyangkutnya blm beli.

Inilah anak Rose Roses yang ke-4 Nurul Faiqa Auni yg merengek tu, cepat baik ye nak, umi nak belajar decoupage pulak ni, peralatan decoupage dari Affeen dah sampai tapi tak sempat nak try lg.

Rose Roses