rose roses

Sabtu, 17 September 2011

Pesanan Nabi Muhammad S.A.W kepada puteri tercintanya Fatimah...

"Aku memalingkan wajahmu ke akhirat.  Ada dua cara bagimu bagi mencapainya dan bersamaku di sana. Penuhi kewajipanmu dalam beribadah kepada Allah secara sempurna dan penuhi kewajipanmu kepada Suamimu .  Sekiranya seorang pelayan mengambil tanggungjawabmu itu, ia menyebabkan kamu menjadi kurang sempurna.

Kamu perlu mempunyai dua belah sayap supaya kamu dapat terbang ke darjat yang lebih tinggi. Bagaimana seorang lelaki ataupun wanita dapat menjadi hamba Allah yang sempurna ? Bagaimana orang menjadi manusia sempurna dan memenuhi semua kewajipannya?  Tugas kamu adalah mencari jawapan bagi pertanyaan-pertanyaan itu.

Pertama, jadilah hamba Allah yang sempurna.  Kemudian, penuhi kewajipanmu kepada suamimu, Ali.  Beliau adalah lelaki hebat yang mewakili para wali yaing bakal lahir dari keluargamu .  Apabila kamu dapat melakukan semua itu dengan sempurna, pasti kelak kamu berada bersamaku di syurga iaitu tempat manusia-manusia sempurna berkumpul."

                                                                                                    Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim

Khamis, 15 September 2011

Hati dan perasaanku...

Assalamualaikum rakan2 blog ku sekalian, semoga Allah s.w.t sentiasa merahmati kalian. Dah lama rasanya Rose Roses tak N3 apa2 info disini, mungkin kerana terlalu sibuk dengan tanggungjawab seharian sebagai seorang isteri, ibu dan penjawat di jabatan. Selama ini juga Rose banyak mendalami ilmu pengetahuan bagi memperlengkapkan diri ini yang serba kekurangan. Selama ini juga, rasanya sudah cukup segalanya yang telah  Rose tumpukan pada hobi dan kesukaan yang ada, Kadangkala terdetik di hati ini, apa yang ada di dunia ini hanyalah sementara, jadi tak perlulah kita mengejarnya sehingga berlebih-lebihan. Cukuplah ianya sekadar sedap   dipandang. Akhir2 ini Rose cuba untuk menambahkan ilmu untuk memperlengkapkan diri ini sebagai wanita yang  menjadi contoh kepada anak2 . Terasa banyak sangat kekurangan yang ada pada diri ini. 
Bagaimanakah aku akan menjadi contoh pada anak2ku ini, sekiranya aku sendiri tidak mengubah diri ini.
Ya Allah, terima kasih kerana kau detikkan perasaan ini dalam hatiku. Insya Allah selepas ini diri ini akan sentiasa cuba mencari ilmumu sehingga ke akhir hayatku....Amin....

Isnin, 9 Mei 2011

Aktiviti Taman Bungaku

Salam rakan2 blog Rose Roses, lama dah rasanya Rose Roses tak bercerita tentang pokok bunga, bukannya tak aktif bertaman, tapi tak berkesempatan nak N3kan....
Nampaknya setelah 1tahun lebih  Rose Roses berpindah rumah sendiri ni, pokok2 yg ditanampun dah makin membesar,  pokok2 nilah yg selalu Rose Roses belek-belek bila hari cuti Sabtu dan Ahad.

Yang ini  pula taman bunga tiruan, rasa2nya tak lama lagi kalau ada masa, kerusi malas tu Insya Allah akan bertukar menjadi putih...
Meja bulat tupun mungkin akan bertukar warna....

Yang ni pokok Daisy Merah Rose Roses yg sedang lebat berbunga...

Ini pula pokok bunga Hydrangae (Siti Zubaidah ) baru mengeluarkan bunga 2 jambak, masa Rose Roses uploadkan gambar ini , dah banyak mengeluarkan jambak bunga, Cuma Rose Rose tak sempat nak ambil gambar lagi...

Yang ini pula kemboja cina (Addenium) bahasa sainsnya, sorrylah kalau tersilap eja ya, Rose Roses ada 6 pasu yang berlainan warna, pokok ni Rose Roses bela dari anak pokok, ingat2 dari umur anak Rose Roses yg sekarang dah di tingkatan 2....

Kalau boleh banyak lagi nak cerita pasal pokok bunga ini, tapi masa tak mengizinkan, tak apalah nanti ada masa Rose Roses sambung N3 lagi ya........

Selasa, 19 April 2011

Weekend di rumah ibu Rose Roses

Salam rakan-rakan Rose Roses sekalian, lama rasanya tak N3 apa2 ceerita kat sini, asyik mengadap FB saja, rindu pula nak bercerita  kat sini. Weekend baru2 ini Rose Roses balik ke kg Rose Roses, tak sangka2 rumah ibu Rose Roses dah banyak perubahan....
Maklumlah untuk mengurangkan rasa borring macam2 ibu Rose Roses buat, jom kita layan......
Terkejut Rose Roses lihat, dulu almari mahagoni ini warna kayu, tiba2 dah bertukar warna jadi putih dikerjakan oleh ibu Rose Roses......



Suka betul tengok suasana rumah ibu Rose Roses maklumlah kalau di rumah sendiri banyak kali nak kena mengemas maklumlah askar ramai....

Bunga atas meja tu Rose Roses tolong gubahkan, ini saja  yang dapat Rose Roses sumbangkan idea untuk mami....

Ini baru ruang tamu pertama dan kedua tak termasuk ruang menonton, dining dan dapur lagi, rasanya Rose Roses dan mengantuk, so lain kalilah pula Rose Roses N3kan......
Tunggu.......

Ok, hari ini Rose nak sambung balik cerita weekend di rumah ibu Rose Roses ni....
Selain menghias dan mengemas rumah ni , ibu Rose Roses merupakan seorang yang suka berkebun, boleh dikatakan setiap apa yang ditanam menjadi saja, orang-orang tua kata tangan sejuk....
Mari kita tengok laman ibu Rose Roses ni....
Cantik giler bunga hydrangae ni, ada 3 pasu semuanya macam2 warna, tu ada satu lagi kat dalam polybag belum ada pasu, sukanya tengok....

Yang ini pula pokok mahkota berduri, kalau time berbunga banyak memang colourful lah, pokok ini memang Rose Roses minat, sebab itulah kat rumah Rose Roses banyak pokok ni.....

Tengok tu pokok mahkota berduri yang dalam pasu plastik, Rose Roses beli di nursery sebab tak ada lagi colour macam tu kat rumah.....

Pokok-pokok hijaupun  ibu Rose Roses minat, tengoklah sampai dalam longkang pokok bunga.....

Kalau time berbunga banyak memang cantik rasa duk kat negeri org putih musim bunga.....

Orkid n pokok keladi batikpun ada, sukalah.....

Yang ini kebanyakan pokok hijau sebab tak boleh panas maka duduklah bawah bumbung......

Oklah setakat ini saja kali ini, nanti ada masa lagi kita kongsi idea lain pula ya.....

Jumaat, 15 Oktober 2010

Raya 2010

Tahun ini Rose Roses balik raya ke kampung suami di Perlis, sayangnya  gambar raya di Perlis ada pada kamera adik ipar, so tak bolehlah nak N3 kat sini. Balik ke Kuantan buatlah makan2 sikit untuk keluarga kat sini, kebetulan adik Rose Roses  no. 4 ada balik dan dia juga buat part time photographer, so kita orangpun possing rayalah malam tu, siap dgn studio bergerak dibawanya.....
Wah cerianya satu family, sebenarnya tengah mengagah anak Rose Roses yang kecil sekali tengah mengamuk sebab dah ngantuk....

Inilah sebahagian dari keluarga Rose Roses, adik Rose Roses no.2 (suami zeti) dan Zeti dah balik beraya di Segamat jadi tak semua yang ada....

Lepas raya ni barulah rasa ada mood nak ubah suai sikit hiasan rumah, mungkin bulan puasa terlalu sibuk so lepas rayapun lepas rayalah ubah sikit, lagipun utk. hiburkan hati sendiri juga....
Layan...............


Frame ayat al-Quran tu dah ditukar baru, lama dah teringi baru dapat, sesiapa berminat bolehlah order....
Nak tengok lebih dekat.....

Ayat Qursi

Kalimah Allah

Kalimah Muhammad S.A.W

Gambar-gambar kat bawah ni pula panorama hiasan dan folk art hasil kerjatangan rakan sepejabat Rose Roses, Lisa.....

Tin Biskut yang telah dikerjakan oleh Lisa....
Kiri kanan cermin tu kayu jelutung yang telah dilukis oleh Lisa, cantik gitu...

dekat sikit...



Sekian dulu........

Rabu, 16 Jun 2010

AWARD DARI E-BU HOME SWEET HOME


Salam rakan blog sekalian, nampaknya dalam minggu ini dah 2 award yang Rose Roses terima, terima kasih banyak2 pada Shiemanis kerana tag Rose Roses didalam senarai award nice blogers award. Suka gitu.....

Kat sini Rose Roses nak kena jawab soalan2  ni pula ya....



1. Apa yang bermain difikiran you all sekarang ?

Tengah duk fikir persediaan untuk hari tua, dan nak collect pokok orkid....



2. Apakah nama samaran you all ?

Rose Roses  (Ros singkatan nama, Roses pulak minat sangat kat bunga ros)



3. Berikan 3 orang yang you all sayang ?

Sayang sangat2 dengan semua orang , lebih2 lagi



1) My Darling ( Hubby Mohd Zain bin Bakar)

2) My Daughters an sons(Nurul Fatina, Ahmad Fadzlan, Ahmad Faris Mirza & Nurul Faiqa Auni)

3) Abah, Mami dan adik2




4. Panggilan untuk si dia

Agak2nya sidia tu suami tersayang , panggil Abang....

5. Hadiah yang you all impikan dari seseorang yang istimewa ...kalau dari sang suami:-

Masa yang berharga bersama keluarga...


dari Keluarga & Teman2 :-

doa agar hidup ini diberkati dan dilimpahi kebahagiaan dan kesihatan yang baik...amin..



6. Blog mana yang you all suka visit ?

semua blog yang menampilkan english style, decoupade, folkart dan landscaping...



7. Tag kan kepada 15 blogger you all

~ http://sanmawia.blogspot.com/

~ http://ayulittlecottage.blogspot.com/

~ http://affeen.blogspot.com/

~ http://eijacottage.blogspot.com/

~ http://www.iriscottage.blogspot.com/

~ http://salicottage.blogspot.com/

~ http://zaismacottage.blogspot.com/

~ http://teratakputeriqareshah.blogspot.com/

~ http://zetiakhmaenglishcottage.blogspot.com/

~ http://lindashukor77.blogspot.com/

~ http://jariintanku.blogspot.com/

~ http://alissa-lisa.blogspot.com/

~ http://zarinawati74.blogspot.com/

~ http://azlinadeco.blogspot.com/

~ http://kahariah.blogspot.com/

Selesaipun, ini sajalah blog2 yang Rose Roses tagkan namanya untuk award ini, blog2 ini sentiasa mendapat kunjungan dari Rose Roses....
Semoga dapat terima award ini dengan hati yang terbuka....
Selamat malam...... Cek tidoq dulu noo........

Khamis, 10 Jun 2010

AWARD DARI AYU LITTLE COTTAGE

Hari ini buka2 blog Rose Roses terima jemputan dari Ayu Little Cottage untuk ambil award darinya, terus saja singgah ke blog Ayu dan ambil award . Terima kasih Rose Roses ucapkan pada Ayu, Comel Lote bear tu, kata orang Terengganu. Semoga persahabatan kita di alam maya berterusan, kalau ada peluang semoga dapat bersua di alam nyata pula ya....